KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa kira-kira sejam ‘jalan-jalan’ di Tamu Jalan Gaya, di sini, pada Ahad.
Beliau yang diiringi Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud dan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe tiba di tamu itu pada kira-kira jam 8.35 pagi.
Ketibaan Anwar disambut Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah sebelum ‘jalan-jalan’ di sekitar tamu.
Sepanjang ‘jalan-jalan’ Perdana Menteri bersalaman dengan orang ramai sambil menyapa peniaga yang teruja melihat kedatangan beliau ke ke tamu popular di bandar Kota Kinabalu itu.
Ketika tinjauan mesra itu, Perdana Menteri turut singgah bersarapan bersama komuniti di sebuah premis makanan di Jalan Gaya. – Info X