Search

POIC Sabah serah RM4.17 juta kepada Kerajaan Negeri

January 8, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: POIC Sabah Sdn Bhd membayar RM4.17 juta sebagai sumbangan kepada kerajaan negeri dan bayaran balik pinjaman bagi tahun 2025.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2 juta adalah sumbangan kepada Kerajaan Negeri, manakala RM2.17 juta bayaran balik pinjaman Persekutuan.

Simbolik penyerahan itu disempurnakan Pengerusi POIC, Datuk Seri Madius Tangau kepada Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Chee Shok Ting di Menara Kinabalu pada Rabu.

Majlis itu disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Thomas Logijin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan POIC Sabah, Datuk Fredian Gan. – Info X