Search

Polis cari Fattah bantu siasatan kes dadah

May 4, 2026

Info X Reporters

LAHAD DATU: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes dadah di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Fattah Jalak, dengan alamat terakhir di Kampung Air Blok B, Jalan Panji, di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, individu itu diperlukan sebagai saksi penting dalam siasatan kes berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan penama diminta tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Rahmat Saedin di talian 014-8851415 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di 089-881255.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran.

Polis memohon kerjasama semua pihak bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar. – Info X