Search

Polis kesan 5 saksi perbicaraan di mahkamah

May 15, 2023

admin

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sedang mengesan lima individu yang menjadi saksi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Kelima-lima saksi iaitu Arfiansha Syamsul dikesan berada di alamat terakhir di Jade Garden, Jalan Buli Sim-Sim, Sandakan; Disyam Wadisumayu Zainal, No 110 Felda Umas 4, Blok 3, Wtd 43,91009, Tawau; Syaiful Saripuddin, Kampung Sinulihan, Inanam; Sofina Awang Puting, Limbang, Sarawak; Agku Jalani Pg Tangah, Kampung Luagan, Lawas, Sarawak.

Semua saksi terbabit dikehendaki hadir untuk perbicaraan pada Mei dan Jun 2023 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, namun gagal dikesan melalui alamat terakhir mereka.

Orang ramai atau individu yang memiliki maklumat mengenai kelima-lima individu ini diminta supaya tampil membantu di IPD Kota Kinabalu atau balai polis berhampiran.

Selain itu, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Riduan Abdollah di talian 011-33695884. – Info X