PENAMPANG: Polis sedang mengesan tiga individu bagi membantu perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Jenayah 2, Kota Kinabalu, membabitkan laporan Penampang Repot 11574/2023 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tiga saksi terbabit iaitu Suriana Kassim, beralamat di Kampung Tanjung Aru Baru.
Saksi kedua, Ibno Hashim bin Leman, pemegang IMM13 (IP-12011-22497) dan beralamat di Kampung Likas.
Saksi ketiga ialah Sharif Abdul Kadir bin Abdul Moin, turut beralamat di Kampung Likas, Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya memerlukan kehadiran ketiga-tiga saksi itu bagi melancarkan proses perbicaraan yang sedang dijalankan.
“Polis memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan ketiga-tiga individu berkenaan untuk tampil membantu siasatan.
“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Penampang, Asisten Superintendan Andi Ma’mur Halwati di talian 019-5853918,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, Sammy berkata kerjasama orang ramai amat penting untuk memastikan proses kehakiman berjalan lancar dan membantu menyelesaikan kes berprofil tinggi itu. – Info X