Search

Polis kesan waris mayat lelaki ditemukan di Tanjung Aru

October 12, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemui di tapak lama perkhemahan Pantai 2, Tanjung Aru, di sini, Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, hasil pemeriksaan tiada pengenalan diri pada mangsa.

Selain itu katanya, tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh mangsa.

“Pemeriksaan polis juga mendapati tiada sebarang kesan pergelutan atau tanda-tanda jenayah berlaku.

“Bagaimanapun hasil semakan padanan cap jari didapati mangsa bernama Juani Wasi dengan nombor Kad Pengenalan 840831125851,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kalsom berkata, Polis Kota Kinabalu memohon kerjasama orang ramai yang mengenali penama untuk menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Mohd Sukur Mahmud di talian 019-5637151.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya. – Info X