Search

Polis Marin gagalkan cubaan seludup petrol

April 10, 2023

admin

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya mematahkan cubaan menyeludup minyak petrol bersubsidi ke negara jiran di perairan Tanjung Manimpa, di sini, semalam.

Operasi melalui Op Taring Gelora jam 5:10 itu, menahan seorang lelaki warga asing bersama muatan 800 liter petrol bersubsidi.

Suspek bersama bot dikendalinya ditahan PPM Semporna selepas cubaan menyeludup minyak petrol bersubsidi ke negara jiran. – Foto PPM

Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan mengubah suai tangki bahan api di bawah tempat duduk penumpang bagi mengaburi pihak berkuasa.

Nilai rampasan bot dan minyak Petrol dianggarkan sebanyak RM11,3640.00

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Mohamad Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.

Tangki minyak di bawah tempat duduk penumpang yang diubah suai. – Foto PPM

Katanya, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Semporna untuk tindakan lanjut. – Info X