Search

POLIS SANDAKAN TAHAN DUA PEMANDU MABUK, 16 SAMAN SEPANJANG OP SAMSENG JALANAN/MABUK

May 9, 2022

admin

SANDAKAN: Polis menahan dua pemandu atas kesalahan memandu dengan paras alkohol tinggi dalam operasi di sekitar pusat bandar dan Batu 3, Jalan Utara, di sini, semalam.

Sebanyak 16 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan sepanjang

operasi Op Samseng Jalanan/Mabuk bermula jam 10 malam itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, sebanyak 65 kenderaan dan 75 individu diperiksa dalam operasi sama.

“Hasil pemeriksaan juga kita mendapati sebanyak 16 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuklah ubahsuai ekzos, tiada lesen GDL, gagal tunjuk lesen dan tiada lesen memandu selain Dua pemandu juga menjalani ujian kandungan alkohol dalam nafas menggunakan alat SD2+.

“Operasi diadakan bagi membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang secara berbahaya serta di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Fuad menyatakan dua pemandu berkenaan terus ditahan dan dibawa ke IPD Sandakan untuk siasatan kemudian dibebaskan.

Menurutnya, pesalah boleh didakwa mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika disabit kesalahan, boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM30,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun,” katanya. – Info X