Search

PPM gagalkan cubaan seludup minyak masak subsidi

July 26, 2023

Info X Reporters

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi menerusi Op Taring Gelora, malam tadi.

Kejadian jam 8.30 malam di perairan Tanjung Manimpa, di sini, sebuah bot yang sarat dengan 680 peket minyak masak subsidi berjaya dipintas oleh PPM Semporna.

Manakala suspek berjaya melarikan diri ke perairan cetak berdekatan.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan rampasan berkenaan.

Anggota PPM Semporna berjaya memintas bot sarat dengan minyak masak bersubsidi di perairan Tanjung Manimpa, Semporna. – Foto/PPM

Katanya, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM18,600.

“Rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya. – Info X