Search

PPM patahkan cubaan seludup kosmetik bernilai RM21,375

April 23, 2025

Info X Reporters

SEMPORNA: Cubaan menyeludup pelbagai produk kosmetik berjaya ditumpaskan Pasukan Polis Marin (PPM) membabitkan rampasan bernilai RM21,375, semalam.

Rampasan itu dilakukan PPM Semporna Wilayah Empat Sabah menerusi Op Taring Gelora di laut Tanjung Menimpah, Pulau Bum-Bum, di sini.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, dalam operasi itu pihaknya menahan sebuah bot warna putih dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan menemui beberapa kotak besar yang berisi pelbagai barang kosmetik yang disyaki seludup dari negara jiran.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM21,375,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua barang kes dirampas dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Katanya, PPM Wilayah Empat Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara. – Info X