LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 1,000 liter petrol yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran selepas menyerbu sebuah pondok di kawasan bakau di Kampung Tandu, di sini, semalam.
Serbuan itu dilakukan PPM Lahad Datu selepas membuat tugas risikan dan pemantauan di kawasan berkenaan, kira-kira jam 5.30 petang.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, hasil pemeriksaan didapati minyak petrol hampir 1,000 liter di dalam tangki air plastik warna hitam.
“Dua lagi tangki air plastik warna hitam kosong. Satu pam dan dua unit paip plastik turut dirampas.
“Minyak petrol disyaki akan diseludup ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua rampasa dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.
“Barang rampasan akan diserahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Lahad Datu.
“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – Info X