Search

PPM rampas barangan kosmetik di perairan Semporna

February 2, 2025

Info X Reporters

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai barangan kosmetik bernilai RM126,210 yang dibawa bot di kawasan laut Sisipan, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, bot berkenaan ditahan pasukan serbuan markas operasi PPM Semporna, kira-kira, jam 5.30 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan 15 kotak berisi pelbagai barangan kosmetik.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bot, tiada ditemui sebarang dokumen yang sah dan diguna pakai sebagai pemilikan, kebenaran berdaftar, resit belian serta pengguna barang.

“Anggaran nilai rampasan jumlah RM126,210,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan sekitanya menyimpan sesuatu barangan tanpa mempunyai permit yang sah bagi tujuan komersial,” katanya. – Info X