PENAMPANG: Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS) Nordin Thani, hari ini, secara rasmi menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pimpinan Datuk Peter Anthony.
Beliau mengumumkan perkara itu pada satu majlis ringkas di Ibu Pejabat KDM, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Naib Presiden KDM Henry Saimpon dan Dr Oswald Aisat, Setiausaha Agung KDM Willie Jude dan Penyelaras KDM DUN Inanam, Datuk George Guntarik.
Berikutan penyertaannya ke parti KDM, Nordin turut dilantik sebagai Penyelaras KDM DUN Darau.
Turut menerima surat pelantikan pada majlis yang sama ialah Penyelaras KDM DUN Kadamaian Zamal Intim dan Penyelaras DUN Balung Agustine Thomas.

Nordin ketika ditemui berkata, beliau yakin parti tempatan KDM mampu menjadi antara wadah terbaik untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah.

Beliau berkata, dengan wujudnya badan penyelaras DUN Darau, maka pengundi di situ berpeluang untuk memilih parti itu dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.
Nordin berkata senario dan landskap politik telah berubah mengikut peredaran masa dan KDM Darau bersedia cabaran bagi memenuhi aspirasi dan pengundi demi kemajuan dan kesejahteraan masyakat DUN Darau.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden KDM atas pelantikannya sebagai penyelaras KDM Darau. – Info X