PRN Sarawak: GPS menang tanpa bertanding di 29 kerusi

November 28, 2026

Info X Reporters

KUCHING: Sebanyak 29 daripada 82 kerusi DUN dimenangi tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN13) Sarawak selepas tamat penamaan calon, hari ini.

Keputusan itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun.

Katanya, semua kerusi itu dimenangi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sementara itu, Ramlan berkata sebanyak 168 kertas pencalonan diterima dengan didahului GPS sebanyak 82, diikuti Parti Bansa Dayak Sarawak (29), Parti Bumi Kenyalang (17), DAP (14), Parti Bangsa Malaysia (3), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (1) dan 22 calon Bebas.

Berikutan itu, hanya 53 kerusi menyaksikan pertandingan dengan kebanyakannya satu lawan satu, iaitu di 29 kerusi, diikuti tiga penjuru di 15 kerusi dan empat penjuru di sembilan kerusi.

Selain Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg, turut menang bertanding ialah dua timbalannya, Datuk Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Douglas Uggah Embas. – Info X