Projek solar usahasama Jetama-Symbior Solar beri impak besar – Dr Yusof

November 28, 2026

Info X Reporters

LABUAN: Projek solar berskala besar yang dibangunkan secara usahasama oleh Jetama Energy dan Symbior Solar, di sini, disasar memberi impak yang besar dalam usaha mengukuhkan kestabilan tenaga.

Sejajar dengan itu, Pengerusi Sabah Development Berhad (SDBhd), Datuk Dr Yusof Yacob bersama Ahli Lembaga Pengarah (BOD) SDBhd melawat tapak projek itu di Kampung Bukit Kalam untuk melihat perkembangan terkininya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SDBhd, Nixon Abdul Habi dan BOD SDBhd, Awang Fauzi Awang Tahir.

Taklimat operasi projek solar itu disampaikan oleh Pengurus Besar Solar PV Power Sdn Bhd, Calum Wembley Mogindol.

Jetama Energy adalah anak syarikat Jetama Water yang juga anak syarikat SDBbhd.

Dr Yusof berkata lawatan itu bagi melihat status terkini dan jika ada permasalahan yang ada di tapak loji solar itu.

“Tugas saya ialah memastikan bahwa struktur SDBhd teratur dan saya pastikan anak-anak syarikat dibawah SDBd berjalan dengan baik,” katanya.

Beliau melihat projek solar itu begitu baik dalam memberi impak positif kepada Jetama dan pada masa sama kepada SDBhd secara kesuruhannya.

Katanya, menerusi taklimat dan tinjauan di tapak solar itu, beliau berpuas hati dengan pencapaian solar ini berjalan dengan teratur. – Info X