Search

PRN17: DUN Sabah dibubarkan

October 6, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).

Pembubaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada sidang media khas di Menara Kinabalu, di Likas, dekat sini, sebentar tadi.

“Memandangkan tempoh lima tahun DUN Sabah Ke-16 akan berakhir, saya telah mengadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman pada pagi ini untuk menasihatkan mengenai pembubaran DUN.

“Dengan perkenan Tun Musa, DUN Sabah Ke-16 akan dibubarkan berkuat kuasa hari iniuntuk memberi laluan kepada PRN17 dan memberi kuasa kepada rakyat Sabah memggunakan hak demokrasi mereka untuk menentukan siapa yang akan memimimpin mereka.

“Ini mencerminkan komitmen kami terhadap demokrasi dan proses perlembagaan,” katanya.

Datuk Seri Hajiji Noor pada sidang media khas di Menara Kinabalu, di Likas, Kota Kinabalu.

Yang turut hadir Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman; Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick; Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe; Penasihat PKR Sabah, Datuk Seri Christina Liew dan Timbalan Ketua PKR Sabah, Datuk Peto Galim.

DUN Sabah sekarang sudah berada di penghujung dengan tempoh akhirnya hanya tinggal kira-kira 35 hari sebelum tamat pada 11 November depan.

Spekulasi pembubaran DUN bermula sejak lewat petang Khamis lalu apabila Hajiji dilapor mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Ends