Search

PRN17: Jahid Jahim calon tunggal PBS DUN Tamparuli

September 11, 2024

Info X Reporters

TAMPARULI: Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS), Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, kekal sebagai calon tunggal parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Perkara itu diputuskan sebulat suara oleh perwakilan pada Mesyuarat PBS Bahagian Tamparuli, di sini, semalam.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah itu adalah seorang pemimpin berpengalaman dan memainkan peranan penting dalam memastikan sokongan rakyat terhadap PBS di Tamparuli kekal kukuh.

Pemilihannya sebagai calon tunggal PBS di kerusi itu mencerminkan keyakinan parti terhadap kebolehan dan pengalaman beliau dalam mempertahankan Tamparuli serta komitmen terhadap agenda pembangunan di peringkat tempatan dan negeri.

Jahid, 66, yang juga Timbalan Presiden PBS menyandang kerusi DUN Tamparuli sejak 2004 tetapi tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 sebelum menang semula pada PRU 2018 dan PRN2020.

PRN17 boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang atau selepas DUN terbubar sendiri pada Oktober tahun depan.

Ends

TAMPARULI: Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS), Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, kekal sebagai calon tunggal parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Perkara itu diputuskan sebulat suara oleh perwakilan pada Mesyuarat PBS Bahagian Tamparuli, di sini, semalam.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah itu adalah seorang pemimpin berpengalaman dan memainkan peranan penting dalam memastikan sokongan rakyat terhadap PBS di Tamparuli kekal kukuh.

Pemilihannya sebagai calon tunggal PBS di kerusi itu mencerminkan keyakinan parti terhadap kebolehan dan pengalaman beliau dalam mempertahankan Tamparuli serta komitmen terhadap agenda pembangunan di peringkat tempatan dan negeri.

Jahid, 66, yang juga Timbalan Presiden PBS menyandang kerusi DUN Tamparuli sejak 2004 tetapi tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 sebelum menang semula pada PRU 2018 dan PRN2020.

PRN17 boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang atau selepas DUN terbubar sendiri pada Oktober tahun depan. – Info X