KOTA KINABALU: Keprihatinan terhadap kebajikan warga emas diterjemahkan menerusi penganjuran program Celebrating The Golden Heart, anjuran KDCA Youth Council (Majlis Belia KDCA) dengan kerjasama Kupi2 FM dan Info X.
Program berkenaan bakal berlangsung di Rumah Warga Tua Sri Pritchard sebagai usaha mendekati serta membantu golongan warga emas yang memerlukan.
Program berkonsepkan khidmat masyarakat itu bertujuan menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.
Ia turut memberi sokongan moral selain menyalurkan bantuan keperluan asas kepada penghuni rumah warga tua terbabit.
Penganjur memaklumkan, orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang barangan keperluan bagi menjayakan program berkenaan.
Antara sumbangan diperlukan ialah lampin dewasa, kelengkapan pembersihan, barangan kebersihan diri serta keperluan harian rumah warga tua.
Sumbangan boleh disalurkan ke KDCA sebagai lokasi pengumpulan dan akan diterima sehingga 4 Februari 2026.
Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Jessica (012-830 0385) atau Travis (011-865 3535).
Program itu diharap dapat menjadi platform memperkukuh nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat.
Ia sekali gus menyentuh hati orang ramai untuk terus mengingati dan menghargai jasa golongan warga emas. – Info X