KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan isu semasa, di sini, pada malam Khamis.
Beliau berkata, pelbagai pandangan dan maklum balas disuarakan pada pertemuan itu yang berlangsung di kediamab rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.
“Saya mengambil maklum pandangan, maklum balas dan cadangan mereka mengenai perkara-perkara yang memberi kesan kepada akar umbi di bawah bidang kuasa Negeri dan Persekutuan.
“Kami juga membincangkan perkara-perkara pentadbiran yang berkaitan dengan pihak berkuasa daerah dan tempatan,” katanya.
Antara Ahli Parlimen yang bertemu dengan Ketua Menteri ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Shahelmey Yahya (Putatan), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Lo Su Fui (Tawau) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Riduan Rubin (Tenom). – Info X