Search

PRU Sabah: Dr Yusof akur Yamani dicalonkan di Sindumin

November 14, 2025

Info X Reporters

SIPITANG: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti memberi laluan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan calon di kerusi DUN Sindumin pada PRU Sabah Ke-17.

Pendirian itu sebelum ini dijelaskan Ketuanya, Datuk Dr Yusof Yacob selaku penyandang kerusi DUN Sindumin.

Kerusi itu diberikan kepada PKR yang kemudiannya mencalonkan bekas Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Yamani Hafez Musa selaku calon yang akan bertanding atas tiket PH.

Pada Jumaat, Yamani Hafez yang juga anak Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman melakukan kunjungan hormat terhadap Dr Yusof di Sipitang.

Pertemuan pertama Yamani Hafez dengan Dr Yusof itu berlangsung di Pejabat Gagasan Rakyat Sindumin.

Ia disusuli pertemuan dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin bagi menerangkan bentuk kerjasama dan gerak kerja ketika kempen PRU Sabah Ke-17 di kawasan itu. – Info X