Search

PRU Sabah: Calon PKS Kiulu jatuh sakit ketika tunggu nombor calon

November 15, 2025

Info X Reporters

TUARAN: Calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Dusi Gingging dikejarkan ke hospital selepas secara tiba-tiba jatuh sakit ketika menunggu cabutan undi calon di Dewan Seri Sulaman, di sini.

Calon berkenaan dibantu dua orang doktor perubatan yang juga calon bertanding pada pilihan raya kali ini, iaitu Dr Shahnon Rizal Thajuddin yang mewakili Barisan Nasional (BN) Sulaman dan calon Parti Warisan Tamparuli, Dr Joseph Lee.

Calon PKS, bagi kerusi DUN Kiulu, Dusi Gingging dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Petugas Pilihan Raya kemudian meminta bantuan pasukan kecemasan untuk membawa keluar calon terbabit bagi mendapatkan rawatan lanjut. – Info X