Punca gangguan elektrik di pantai timur dikenal pasti – Sabah Electricity

November 26, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sabah Electricity sudah mengenal pasti punca gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan kawasan Pantai Timur Sabah, sejak awal pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan ringkas, syarikat utiliti itu berkata gangguan berkenaan berikutan insiden yang dikesan dalam sistem penghantaran elektrik pada jam 6.04 pagi tadi.

Katanya, Bilik Gerakan sudah diaktifkan dan pasukan teknikal sedang melaksanakan usaha pemulihan bekalan elektrik di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu secara berperingkat.

“Punca sebenar kejadian sedang dikenal pasti dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Sabah Electricity memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna,” katanya.

Terdahulu, lapan daerah dilaporkan terjejas, termasuk Kinabatangan, Beluran, Kunak, Semporna dan Telupid.

Kejadian itu dikaitkan dengan menara penghantaran elektrik yang tumbang di Ranau seperti video tular di media sosial sejak awal pagi tadi. – Info X