Search

Raji dilantik Ketua KDNKA IPD Lahad Datu

March 12, 2025

Info X Reporters

LAHAD DATU: Satu Majlis Serah dan Terima Tugas Jawatan Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, hari ini.

Pada majlis itu, Deputi Superintendan Raji Hussin Suhodin, dilantik sebagai Ketua Bahagian KDNKA IPD Lahad Datu.

Raji dilantik sebagai Ketua KDNKA IPD Lahad Datu.

Beliau menggantikan Inspektor Soloman AK Usot.

Majlis serah terima tugas jawatan berkenaan disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail.

Dzulbaharin (tengah) mengucapkan selamat bertugas kepada Raji sebagai Ketua KDNKA IPD Lahad Datu yang baharu.

Dzulbaharin mengucapkan selamat bertugas kepada Raji serta mengucapkan terima kasih kepada Soloman atas sumbangan melaksanakan tugas sebagai pemangku.

Beliau turut memberi nasihat kepada semua yang hadir pada majlis itu supaya memberikan komitmen yang tinggi dalam apa juga penugasan yang diarahkan dan mengarahkan supaya membuat persiapan awal dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat. – Info X