Search

Remaja ditahan bantu siasatan jenayah seksual

April 10, 2025

Info X Reporters

TAWAU: Seorang remaja ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis terhadapnya berkaitan jenayah gangguan seksual.

Perbuatan tidak senonoh remaja lelaki berusia 16 tahun terbabit terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian dilaporkan berlaku di rumah mangsa.

“Selepas mangsa mengadu kepada keluarganya mengenai kejadian itu, mangsa dibawa membuat laporan di balai polis.

“Berdasarkan laporan berkenaan, suspek ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – Info X