Search

Remaja hilang dipercayai lemas di Sungai Tamparuli

November 7, 2025

Info X Reporters

TAMPARULI: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Tamparuli, Kampung Botung di sini, petang tadi.

Mangsa, Randell Junior Rony, 16, mandi di tempat kejadian bersama beberapa penduduk kampung sebelum hilang dipercayai lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.05 petang.

Katanya, sepasukan anggota kemudian digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Setibanya di tempat kejadian kira-kira jam 6.24 petang, pasukan bomba terus melancarkan SAR di kawasan sungai tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. – Info X