Search

Remaja lelaki lemas ketika mandi sungai

July 14, 2023

Info X Reporters

LAHAD DATU: Seorang remaja lelaki ditemui lemas ketika mandi bersama rakannya di sungai dekat Kampung Sepagaya Batu 5, berhampiran Jambatan Merah, di sini, hari ini.

Mangsa Muhamad Zulaimie Muhamad Chumaidin, 14, ditemui oleh orang awam
dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.12 petang.

Katanya, seramai enam pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada mangsa.

“Bagaimana mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, laporan mendapati mangsa lemas di sungai ketika melakukan aktiviti mandi manda bersama rakan-rakannya.

“Mangsa ditemui oleh awam awam sebelum jentera bomba tiba di lokasi.

“Operasi ditamatkan pada 4.52 petang,” katanya. – Info X