Search

Rempuh belakang lori, lelaki maut, rakan parah

July 1, 2025

Info X Reporters

SANDAKAN: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Batu 25, berhampiran Ladang Sakilan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, Mohd Haikal Jatimin, 21, meninggal dunia di lokasi akibat parah, manakala rakannya, Hasbir Baso, 30, parah di bahagian kepala.

Difahamkan, kenderaan jenis Isuzu D Max dinaiki mereka melanggar belakang lori sebelum kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk hadapan.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Chauslim Sunsubin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.25 malam sebelum tujuh anggota bersama sebuah jentera FRT dan EMRS digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Seorang mangsa parah dan seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat.

“Rakannya yang parah dirawat di unit kecemasan hospital sama.

“Operasi ditamat pada jam 9.30 malam,” katanya. – Info X