Search

Ribut petir, hujan lebat landa beberapa kawasan di Sabah hingga 6 petang

October 18, 2026

Info X Reporters

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Dalam kenyataan hari ini, METMalaysia memaklumkan amaran cuaca itu membabitkan kawasan Kudat, termasuk Kota Marudu dan Kudat, selain Pantai Barat serta Pedalaman.

Amaran berkenaan dikeluarkan susulan jangkaan keadaan cuaca tidak menentu yang boleh menyebabkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di kawasan terbabit.

Selain Sabah, amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di sembilan negeri lain serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Negeri terbabit ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak.

METMalaysia mengeluarkan amaran berkenaan sehingga jam 6 petang ini.-Info X