Search

Rumah terbakar, warga emas melecur

October 4, 2023

Info X Reporters

KINABATANGAN: Seorang lelaki warga emas melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sri Ganda, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 60 tahun melecur di bahagian belakang badannya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.03 pagi.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dan diba tu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira 150 kilometer.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah tidak kekal musnah terbakar.

Rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sri Ganda, Kinabatangan. – Foto/Bomba

“Kebakaran turut membabitkan seorang mangsa lelaki warga emas melecur di bahagian belakang badan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tindakan pasukan bomba memasang sawar-sawar dan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain wujud.

“Operasi terkawal pada 2.30 petang dan tamat 10 minit kemudian,” katanya. – Info X