Search
Search
Close this search box.

Sabah FC putih mata di Likas, tersingkir dari Piala FA

May 28, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sabah FC tersingkir dari saingan Piala FA apabila kecundang 1-2 kepada Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam aksi suku akhir, di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu Skuad Badak lebih dulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-6 hasil sepakan penalti Gabriel Peres selepas Jailton Paraiba dijatuhkan di dalam kotak penalti KL City.

Skuad kendalian Bojan Hodak bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-29 hasil rembatan kaki kiri pemain import mereka, Romel Morales bagi menjadikan kedudukan 1-1.

Gol berkenaan kemudian melonjakkan semangat KL City FC yang berjaya meledak gol kedua hasi jaringan T Saravanan pada minit ke-43 bagi menjadikan kedudukan 2-1.

Bermula babak kedua, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee cuba mencari gol penyamaan menerusi beberapa serangan bahaya namun setiap serangan mereka gagal diterjemahkan kepada jaringan.

KL City FC pula dilihat lebih banyak bertahan dan hanya sekali sekala melancarkan serangan namun akhirnya mereka berjaya mengekalkan kedudukan itu sehingga pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat. – Info X