KOTA KINABALU: Sabah FC mengucapkan terima kasih kepada bekas Pengurus Besar kelab itu, Md Joh Wid yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Januari lalu.
Ucapan itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook Sabah FC pada Isnin.
“Terima kasih kepada mantan Pengurus Besar Sabah FC, Md Joh Wid atas kepimpinan, sumbangan, komitmen dan dedikasi sepanjang bersama kelab ini.
“Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 31 Januari 2026. Semoga terus maju jaya dan melakar kejayaan di masa akan datang. Jasa anda bersama Sabah FC akan dikenang,” kata perkongsian itu.
Joh menggantikan Ahmad Marzuki Nasir sejak Jun 2023 yang sebelum itu mengetuai Sabah FC sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelab. – Info X