Search

Sabah tunduk ke atas Selangor di Likas

August 13, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sabah FC gagal dalam misinya untuk mendapat mata di laman sendiri apabila tunduk 2-1 ke atas Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.

Gol kemenangan Selangor itu dijaringkan pada minit ke-85 menerusi Harith Haiqal Adam Afkar setelah mendapat peluang keemasan menyepak bola terlepas dari dakapan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

Sebelum itu kedua-dua pasukan terikat 1-1 hasil jaringan pada babak pertama yang didahului gol untuk skuad Sang Badak pada Minit ke-27 dan Selangor pada minit ke-31.

Gol tunggal Sabah juga terhasil akibat kesilapan kapten Selangor, Muhammad Safuwan Baharuddin yang tersepak bola ke arah gawang.

Kesilapan itu berlaku ketika beliau dan penjaga gol, Samuel Jacob Somerville cuba menghalang penyerang Sabah, Darren Lok daripada menerima hantaran berbahaya Mohd Firdaus Jafri Chew di hadapan gawang.

Kedudukan 1-0 yang memihak kepada Sabah itu bagaimanapun dapat disamakan Selangor pada minit ke-31 hasil jaringan Ronnie Allan Fernandez akibat kesilapan hantaran pertahanan Sabah di hadapan gawang sendiri.

Pada separuh masa kedua, Sabah dilihat cuba cuba bangkit untuk menambah jaringan, namun misi itu bukan mudah berikutan cabaran sengit diberikan pemain Selangor yang turut mencari gol tambahan untuk membawa pulang mata penuh.

Permainan pada separuh masa kedua turut menyaksikan pasukan pelawat lebih menguasai perlawanan, namun berdepan kesukaran mencipta jaringan berikutan sikap berhati-hati pemain pertahanan Sabah.

Namun, malang bagi Sabah apabila gawangnya terdedah ketika Khairul terlepas bola dalam situsi kucar-kacir di hadapan gawang pada minit ke-85 yang membolehkan Selangor berjaya menambah jaringan untuk mendahului 2-1.

Ends

Pix – Antara aksi perlawanan Sabah menentang Selangor di Stadium Likas.