Search

SAGA 2023 : 105 pingat emas jadi rebutan hari ini

December 21, 2023

Willie Jude

KOTA KINABALU: Sebanyak 105 pingat emas bakal menjadi rebutan para atlet Sukan Sabah (SAGA) kali ke-10 pada hari ini iaitu jumlah terbesar dalam sehari sebelum temasya berkenaan melabuhkan tirai esok.

Pencak silat menawarkan pingat emas paling banyak iaitu 23 pingat emas, diikuti karate dengan 18 pingat emas dan olahraga sebanyak 16 pingat emas.

Selain itu, turut menawarkan pingat emas hari ini ialah muay sebanyak 12 pingat emas; tinju (10 emas); memanah (5 emas);  E-Sport dan golf masing-masing menawarkan empat pingat emas.

Bagi acara petanque pula menawarkan tiga pingat emas; bola keranjang, bola tampar, sepak takraw dan tenis masing-masing menawarkan dua pingat emas serta berbasikal dan bola jaring masing-masing menawarkan satu pingat emas.

SAGA ke-10 pada hari ini turut menawarkan sebanyak 105 pingat perak menerusi 15 acara yang diadakan dan 43 pingat gangsa menerusi 12 acara.

Sehingga jam 10 malam semalam, Kota Kinabalu terus mendahului carta pungutan pingat apabila bersama memperoleh 14 pingat emas; tujuh pingat perak dan 19 pingat gangsa menjadikan keseluruhan sebanyak 40 pingat emas.

Sandakan berada ditempat kedudukan apabila berjaya memperoleh sembilan pingat emas; enam perak dan 17 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32 pingat.

Mengikuti rapat Sandakan adalah Keningau yang memperoleh tujuh pingat emas; lima perak dan 20 gangsa menjadikan jumlah keseluhan 32 pingat setakat malam tadi. – Info X