Search

SAGA X : 10 kontinjen rebut pingat boling padang di Keningau

December 16, 2023

Info X Reporters

KENINGAU: Acara boling padang Sukan Sabah kali ke-10 (SAGA  X) yang berlangsung di Kompleks Sukan Keningau menyaksikan sebanyak 10 kontinjen berentap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik berkata, acara berkenaan yang bermula semalam sehingga Rabu depan mampu melahirkan atlet-atlet yang berkebolehan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya difahamkan sebanyak sepuluh kontenjin terlibat dalam pertandingan Boling Padang kali ini antaranya kontinjen Keningau, Tenom, Penampang, Sandakan, Beluran, Pitas, Beaufort, Kota Belud, Tawau dan Kota Kinabalu selaku tuan rumah.

“Harapan kita agar kesemua peserta akan menunjukan semangat juang yang tinggi serta berkomitmen untuk menang agar dapat kita ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan acara Boling Padang SAGA X di Kompleks Sukan Keningau, semalam.

Sementara itu, Presiden Boling Padang Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pertandingan, Shuib Hashim mengalu-alukan acara sukan itu diadakan di Keningau memandangkan Kota Kinabalu selaku tuan rumah SAGA X mengalami kesulitan.

“Pada edisi kali ini, kebanyakan kontinjen menyenaraikan peserta-peserta muda di bawah umur 17 tahun, dan ini satu perkembangan positif untuk kita mencungkil dan menyerlahkan bakat-bakat muda agar dapat kita ketengahkan pada masa depan,” katanya.

Seperti edisi yang lepas, acara Boling Padang SAGA X kali ini menawarkan lapan pingat emas untuk dimenangi membanitkan lapan disiplin iaitu Single lelaki dan wanita, Pairs atau berdua lelaki dan wanita, Triple atau bertiga lelaki dan wanita seterusnya  disiplin Berempat juga melibatkan kategori lelaki dan wanita. – Info X