Search

SAGA 2023 : dua pingat emas pertama milik Sandakan

December 15, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Dua pingat emas pertama Sukan Sabah (SAGA) Edisi Ke-10 menjadi milik kontinjen Sandakan selepas mereka memenangi acara ping pong berpasukan lelaki dan wanita.

Acara yang berlangsung di Dewan Maksak Likas, di sini, hari ini, itu menyaksikan pasukan lelaki Sandakan menewaskan Kota Kinabalu 3-0.

Sementara itu, pasukan wanita Sandakan terpaksa ‘mandi peluh’ sebelum berjaya menewaskan Tawau 3-2.

Setakat jam 2 petang tadi, Sandakan berada di kedudukan pertama dengan mengutip dua pingat emas.

Manakala Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan pungutan satu pingat perak.

Bagi kontinjen Beaufort; Keningau; Kudat; dan Papar masing-masing mengutip satu pingat gangsa dan lain-lain kontinjen masih belum memperoleh sebarang pingat.

Selain Ping Pong, turut berlangsung pada hari ini ialah Hoki yang telah bermula sejak semalam.

Manakala Boling Padang turut diadakan di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Keningau pada hari ini.

Esok beberapa lagi acara lain turut berlangsung termasuklah Bola Sepak, Pencak Silat dan Sepak Takraw. – Info X