Search

Sammy pangku tugas KPD Penampang

July 3, 2023

Junaidi Ladjana

PENAMPANG: Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Sammy Newton kini memangku tugas sebagai Ketua Polis Daerah Penampang, berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih tugas itu daripada Superintendan Mohd Haris Ibrahim yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kudat.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Garaj MPV IPD Penampang, di sini, hari ini, disaksikan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Turut diadakan, serah terima tugas Pengerusi PERKEP IPD Penampang.

Jauteh berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan buat bekas Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris yang menggalas tanggungjawabnya selama lima tahun enam bulan dengan cemerlang. – Info X