KOTA KINABALU: Sabah FC hanya berkongsi satu mata dengan Sri Pahang FC selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.
Ia perlawanan kedua berakhir dengan keputusan seri bagi kedua-dua pasukan selepas saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia pada 18 Januari lalu.
Dalam perlawanan malam ini, pasukan tuan rumah ketinggalan 2-1 pada separuh masa pertama sebelum dapat menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.
Gol penyamaan itu dijaringkan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti Darren Lok.
Menariknya, Darren turut memberikan jaringan pendahuluan pada minit ke-19, juga menerusi sepakan penalti.
Sri Pahang pula bernasib baik dapat mengumpul dua gol pada separuh masa pertama menerusi jaringan Adam Nor Azlin pada minit ke-23 dan Kpah Sean Sherman pada minit ke-43. – Info X