KENINGAU: Satu blok rumah sewa yang mempunyai lima pintu musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 27, Jalan Keningau-Tenom, di sini, malam ini.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.57 malam.
Katanya, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Leong Hoi Min digerakkan ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran tiga pancutan dengan sumber air jentera FRT dan water tanker.
“Api berjaya dikawal jam 8.33 malam dan kebakaran membabitkan sebuah blok rumah sewa lima pinggang jenis kekal terbakar sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya jam 9.10 malam dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.
“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Info X