KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pengambil pendekatan bersikap terbuka pada Persidangan Agung Tahunan Warisan 2021.
“Kita memilih prinsip demokrasi di mana semua pemimpin setiap peringkat termasuk dirinya bersikap terbuka untuk dicabar dalam pemilihan parti.
“Sekiranya kepimpinan kita masih diterima itu terima lah.
“Tiada apa-apa sekatan atau halangan kepada ahli sekiranya mahu bertanding mana-mana jawatan malahan saya ada cakap kepada timbalan saya, Datuk Darell Leiking sekiranya mahu lawan ketua pun tiada masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Warisan di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong, hari ini.
Sementara itu, ditanya sama ada barisan kepimpinan Warisan yang bakal dipilih pada Ogos depan dapat melakukan persediaan lengkap untuk parti sekiranya Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) diadakan dalam tempoh terdekat selepas itu, Mohd Shafie berkata, beliau percaya persediaan parti dapat dilaksanakan dengan baik.
“Selaku sebuah parti politik, Warisan wajar sentiasa bersedia serta akur terhadap sebarang ketetapan yang berlaku termasuk tarikh PRU15.
“Saya percaya mempunyai sokongan kuat daripada rakyat di peringkat akar umbi.
“Selain itu, kita juga yakin Warisan masih kukuh dan perpaduan masih kuat walaupun berdepan pelbagai cabaran,” katanya. – Info X