Search

Sempat keluar sebelum kereta terbakar

December 6, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang lelaki terselamat selepas kenderaan Peugeot sedan dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Tebobon, berhadapan stesen minyak, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa berusia 29 tahun sempat keluar daripada kenderaan yang berasap sebelum terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.21 tengah hari.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, terdapat sebuah kenderaan jenis Peugeot sedan terbakar dan pasukan bomba segera bertindak mengawal dan memadam kebakaran menggunakan dua aliran hos.

“Kenderaan itu terbakar sepenuhnya dan tiada mangsa dilaporkan terbabit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan kereta jenis Peugeot sedan di Jalan Tebobon, berhadapan sebuah stesen minyak, Kota Kinabalu. – Foto/Bomba

Menurutnya operasi terkawal pada 1.39 tengah hari dan operasi ditamatkan 16 minit kemudian. – Info X