Search

Seorang maut, 11 parah ambulans bertembung van di Kinabatangan

September 15, 2025

Info X Reporters

KINABATANGAN: Seorang maut, manakala 11 lagi parah selepas sebuah ambulans bertembung dengan sebuah van dalam kemalangan di Jalan Paris 2, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa yang maut belum diperolehi identiti dikatakan daripada ambulans dalam kejadian kira-kira jam 10.25 pagi itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 11 pagi sebelum menghantar lima anggota ke lokasi itu.

Katanya, anggota bomba mengambil masa kira-kira 50 minit untuk mengeluarkan kesemua 12 mangsa membabitkan empat daripada ambulans, manakala lapan lagi mangsa daripada van.

“Seorang mangsa yang berada dalam ambulans disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Maklumat mangsa belum diperolehi.

“Operasi ditamatkan selepas memastikan keadaan di lokasi selamat dan tiada risiko susulan,” katanya ketika dihubungi di sini. – Info X