Search

Seorang maut, seorang cedera dalam kemalangan di Sook

April 22, 2025

Info X Reporters

KENINGAU: Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Batu 18, Keningau – Sook, di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 44 tahun yang memandu Proton Saga BLM disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Proton Saga lelaki berusia 22 tahun hanya cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.05 pagi.

“Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan dua kereta dan terdapat dua mangsa.

“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kemalangan di Sook, Keningau.

Menurutnya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Seorang lagi mangsa cedera ringan dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 7.23 pagi,” katanya. – Info X