Search

Seorang parah, dua cedera ringan nahas babit dua lori

March 29, 2023

admin

SANDAKAN: Seorang pemandu parah manakala seorang lagi cedera ringan apabila lori satu tan yang dipandu masing-masing bertembung di Batu 20, Jalan Labuk, di sini, hari ini.

Pemandu lori lelaki berusia 73 tahun patah kaki manakala seorang lagi pemandu lelaki berusia 84 dan penumpang berusia 23 tahun hanya cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.31 tengah hari.

Katanya, kemalangan membabitkan dua lori satu tan bertembung dan terdapat tiga mangsa terbabit.

“Seorang patah kaki dikeluarkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dan dihantar ke hospital menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

“Dua lagi mangsa hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tiada lagi bahaya lain sebelum operasi tamat pada 1.40 tengah hari. – Info X