Search

SEORANG PEREMPUAN CEDERA SELEPAS 3 RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG LIKAS

July 13, 2022

admin

KOTA KINABALU: Seorang perempuan melecur di tangan selepas tiga buah rumah di Lorong Lengkok, Kampung Likas, di sini, musnah terbakar, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.33 tengah malam.

“Sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran.

“Menurut laporan diterima, kebakaran itu membabitkan tiga buah rumah jenis tidak kekal dengan kesemuanya musnah habis.

“Terdapat seorang mangsa cedera ringan selepas melecur di tangan dan dia diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari kini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.08 pagi seterusnya operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.55 pagi.

“Pinca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Info X