Search

PH Sabah perlu diberi ruang lebih besar pada PRN17

PENAMPANG: Pakatan Harapan (PH) Sabah perlu diberikan ruang yang sewajarnya dan lebih besar pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17). Timbalan Pengerusi PH, Datuk Ewon Benedick, berkata agihan kerusi pada pilihan raya itu nanti tidak harus dikuasai mana-mana parti. Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), berkata, bagi UPKO, beliau sudah menyatakan pendirian […]

Pembuat sigar disaran tubuh koperasi – Ewon

PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, sigar atau pakaian tradisional masyarakat momogun Kadazandusun Murut Rungus (KDMR) boleh dijadikan produk usahawan luar bandar untuk meningkatkan pendapatan penduduk kampung. Sehubungan itu Ahli Parlimen Penampang itu mengalu-alukan pembuat sigar atau pakaian tradisional etnik Sabah menubuhkan koperasi. “Saya melihat produk inovasi Sigar boleh dijadikan sebahagian […]

Ewon akan sampaikan permintaan keluarga mangsa ‘Double Six’ kepada kerajaan

PENAMPANG: Presiden Upko, Datuk Ewon Benedick berkata, beliau akan menyampaikan permintaan keluarga mangsa nahas ‘Double Six’ pada 1976 ke perhatian kabinet persekutuan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, ia termasuk untuk mendapatkan laporan siasatan daripada Australia berhubung nahas yang mengorbankan 11 nyawa termasuk ketua menteri Sabah ketika itu Allahyarham Tun Fuad Stephen. Beliau […]

Ewon saran surau, masjid kawasan Kadamaian tubuh koperasi

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menyarankan pihak surau, masjid dan penduduk kampung secara keseluruhannya terutama di kawasan Kadamaian supaya menubuhkan koperasi. Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, ini penting untuk membantu meningkatkan ekonomi penduduk kampung. “Di kawasan Kadamaian sahaja terdapat 19 masjid dan surau yang berpotensi […]

KUSKOP bakal lancar Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2021-2025

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan melancarkan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2021-2025 bagi meningkatkan keupayaan koperasi menjalankan perniagaan berasaskan teknologi. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, pelan tindakan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Kopearsi Malaysia (IKMa) dan Angkasa. Beliau berkata, pendigitalan koperasi merupakan antara fokus utama KUSKOP dalam […]

Koperasi digesa ceburi perniagaan francais

KOTA MARUDU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menggesa koperasi di seluruh negara khususnya di Sabah supaya menceburi aktiviti perniagaan francais. Beliau berkata, kementeriannya menerusi Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) pada tahun ini memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk menyediakan pelbagai skim pembiayaan bagi membantu usahawan francais. “Kita ada banyak produk yang telah didaftarkan sebagai […]

PAKEJ 2, 4 PROJEK TEBATAN BANJIR PENAMPANG SUDAH DIBAWA KE KABINET

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick memaklumkan usaha untuk menangani masalah banjir di Penampang sudah dan sedang dilaksanakan melalui Projek Tebatan Banjir dilakukan secara berperingkat. Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pakej satu dan tiga Projek Tebatan Banjir Penampang melibatkan Sungai Moyog sedang dilaksanakan. “Manakala cadangan untuk pakej dua dan empat […]

KUSKOP, AGENSI BERKAITAN KOMITED WUJUDKAN KERJASAMA STRATEGIK PERKUKUH USAHAWAN

TUARAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama agensi di bawahnya terus komited mewujudkan pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik bagi memperkukuh dan meningkatkan lagi program-program pembangunan keusahawanan di negara ini. Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, sebanyak 66 agensi di bawah pelbagai kementerian seluruh negara melaksanakan program berkaitan keusahawanan. “Menerusi jumlah itu, 10 agensi adalah di […]

ADUN PEMBANGKANG AKAN BAWA USUL BATAL PERJANJIAN PETRONAS DI DUN

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dari Upko dan DAP akan mengusulkan pembatalan Perjanjian Petronas yang ditandatangani pada 1974, dalam sidang DUN yang akan berlangsung pada 18 hingga 21 Julai. ADUN Kadamaian Ewon Benedick dan ADUN Luyang Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan bersama, hari ini, berkata, usul berkenaan dibuat sebagai menyahut cabaran […]

PERUNTUKAN RM155 JUTA UNTUK TAMBANG PERCUMA DI KL, SABAH DAPAT APA? – EWON

KOTA BELUD: Upko mempersoalkan keputusan kerajaan memperuntukkan RM155 juta bagi membiayai program tambang percuma monorel di Kuala Lumpur sedangkan keperluan di Sabah tidak diberi peruntukan serupa. Naib Presidennya Datuk Ewon Benedick berkata, Sabah mempunyai keperluan dan peruntukan yang banyak bagi membaikpulih jalan di seluruh negeri namun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak pula […]