Search

KDMRS MUSLIM LANCAR INISIATIF KUMPUL DANA TERBIT AL-QURAN TERJEMAHAN BAHASA ETNIK DI SABAH

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Malaysia (KDMRS Muslim) melancarkan inisiatif mengumpulkan dana kira-kira RM4 juta bagi membiayai kos penterjemahan serta penerbitan naskhah al-Quran dengan terjemahan bahasa etnik Murut, Rungus, Sungai dan Kadazan di Sabah. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim, Nicholas Sylvester berkata, pihaknya sebagai permulaan merancang untuk mencetak 20,000 naskhah al-Quran dengan […]