Search

Wanita sesat di Bukit Nuluh Lapai diselamatkan

TUARAN: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila gagal menemui jalan keluar ketika mendaki di Bukit Nuluh Lapai, Jalan Gayang, di sini, hari ini. Mangsa berusia 38 tahun kemudian menghubungi bomba untuk meminta bantuan sebelum dia berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong […]

Empat termasuk kanak-kanak sesat ditemui selamat

KUALA PENYU: Empat lelaki termasuk seorang kanak-kanak yang dilaporkan sesat ketika mencari lokasi tanah untuk dijual di kawasan hutan Kampung Berangkok, di sini, ditemui selamat, hari ini. Mereka Masli Hi Baring, 66, Mohd Shafuan Sungsi, 27, Mohd Aziziul Sungsi, 26 dan Mind Aqel Abdullah berusia lingkungan 10 tahun. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala […]

SESAT KETIKA TURUN BUKIT HELANG DI MANGGATAL

KOTA KINABALU: Dua wanita menempuh detik cemas selama hampir empat jam selepas mereka sesat ketika menuruni Bukit Helang di Kampung Kebagu, Manggatal, di sini, malam tadi. Mangsa berusia 26 dan 27 tahun itu ditemukan pasukan penyelamat di kawasan Bukit Helang pada jam 8.33 malam. Kedua-dua mangsa dikatakan mula mendaki Bukit Helang kira-kira jam 4 petang […]