KOTA KINABALU: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah.
Dalam kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini berkata, tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam itu melalui radio dan televisyen.
Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari berkenaan di 29 lokasi di seluruh negara.
Bagi negeri Sabah, lokasi untuk melihat anak bulan akan berlangaing di Tanjung Dumpil, di Putatan.
“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab,” kata kenyataan itu seperti dilaporkan Bernama. – Info X