Search

Terima Pingat Emas pelajar terbaik, Alloysius harum nama APMM

December 8, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Laskar Kanan Maritim Alloysius anak Nain, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan melakar sejarah peribadi serta mengharumkan nama APMM apabila diumumkan sebagai penerima Hadiah Pingat Emas pelajar terbaik Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia (USM), baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, penganugerahan yang diterima oleh Alloysius membanggakan seluruh warga Maritim Sabah dan Labuan.

“Selain secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada warga APMM bagi mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Alloysius, 30, berbangsa Bidayuh dan berasal daripada Sarawak merupakan anggota yang bertugas di Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah telah menamatkan pengajian selama lima tahun dengan cemerlang serta menerima pelbagai anugerah sepanjang pengajian beliau.

Antarannya Anugerah Dekan pada setiap sidang akademik, Anugerah Projek Tahun Akhir Terbaik dan Anugerah Kecemerlangan Akdemik.

Alloysius memaklumkan, walau berhadapan kerjaya hakiki sebagai anggota APMM, ia tidak pernah menjadi halangan besar untuk beliau menamatkan pengajian.

Sebaliknya tugasan hakiki yang dilaksanakan turut membantu beliau dalam menyelesaikan latihan yang diberikan oleh pihak fakulti. – Info X