Search

Tetak isteri, suami dipenjara lapan tahun

October 6, 2026

Info X Reporters

KOTA MARUDU: Seorang suami dipenjara lapan tahun selepas didapati bersalah menetak isterinya hingga cedera parah pada Jun lalu.

Tertuduh, Kanasius Natun, 50, disabitkan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kota Marudu pada Isnin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Kanasius didakwa menetak isterinya, Jorurus Masanting pada pagi 25 Jun 2026 lalu, di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Mangkupa, Jalan Popok, Kota Marudu.

Hakim Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus memerintahkan hukuman terhadap tertuduh dilaksanakan bermula pada tarikh sabitan 5 Oktober 2026.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fadzri Azham Zainudin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin, menegaskan tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan kesalahan jenayah dapat dibendung.

Usaha berterusan itu juga katanya bagai memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“PDRM IPD Kota Marudu turut menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada pihak polis,” katanya. – Info X